Monday 4 March 2013

Talk to myself


Hai.. asslamualaikum awak yg cantik lagi baik hati =)... Awak apa khabar? Saya doakan awak sihat2 dan bahagia selalu di samping orang2 tersayang.
Saya di sini baik2 aja. Cuma sejak kebelakangan ni ada batuk2 sikit, on the way baik..inshaa Allah. Hari ni cuaca baik sangat,matahari  terik memancar.. terasa perit hingga ke lapisan kulit yg paling dalam. Panas betul Malaysia ni..hu3..
Hari ni rasa macam lama sangat waktu berjalan.. Mungkinkah sebab Monday sindrom? Dah cuba ambik mood pagi tadi dengan pakai baju hijau.. Tapi kspoilan hari ni tetap terasa. Ye la, kelas petang ni asyik terangguk2 je dalam kelas.. adooii rasa bersalahnya dengan lecturer. Dah cuba tahan dah kepala tadi, nak jugak tersengguk2. Malu betulla @_@.. gaya mengantuk macam orang rak tido semlaman. Ish..jangan macam ni lagi daa..jom berubah...kan dah azam tak nak tido dalam kelas lagi dah??...Ya Allah, tolongla saya ..hukhuk..T_T
Lately ni, tak tau laa kenapa..Asyik terjaga lambat je subuh..TAK SUKA!!!!.... kenapa ni??? Mana belajar ni??..Bangun subuh waktu matahari dah nak naik..adooiii...kemon laa...jangan la lambat lagi. Sebab Subuh lambat, hilang sudah zhuk subuh... sebab tu la it effect the whole day. OK,mulai esok SAYA AKAN TIDUR AWAL SUPAYA SAYA DAPAT SOLAT SUBUH PADA AWAL WAKTU..ok..ini azam esok, bangun awal ye besok sayang...saya sayang diri saya, sebab tu saya hargai waktu dating saya dgn DIA. Janji esok bangun awal2 ya!!!......
Erm.....assignment banyak.... Bila nak buat???....kamon dila...this is your final semester, jom berubah..udah2 la bertangguh kerja.. Cepat buat..nanti awak menyesal lagi sebab buat kerja last minute..Mesti awak tak nak kan??? So, jadi skema sikit.. ni tak, final sem ni nampak macam makin kurenggg je compared to last2 sem.. Mula pinjam novel banyak2 laa.. Awak ingat kat library tu ada novel je ke?..adooiii...tak pe2.. Jom berubah..lepas ni kita pinjam buku2 politic banyak2... Azam dekat Goodreads Malaysia nak baca 30 buah buku tahun ni, inshaAllah tercapai kalau mata tak asyik melekat kat laptop je..ok2..lepas ni kurangkan masa dengan laptop..Baca buku banyak2.. mata pun lama asyik berpinar je mengadap laptop lama2.. Tak baik utk mata..Dah lama dah tak tenung pokok depan tingkap ni macam dulu2.. Prof Dr Muhaya cakap, kalau nak mata sihat, selalu2 la tengok benda2 jauh, tegok pokok yg teduh lagi hijau..kan damaii...sambil2 tu dengar  lagu AdaMu- Najwa Latiff,,uisshh kena sangat la tu..Ku tahu ku AdaMU TUHAN...
Time kasih ya Allah utk segala2nya dan kerana masih lagi meminjamkan anggota badan yg sihat walafiat ni, Cuma hambaMu ni rasa terkilan dgn diri sendiri sebab terasa macam tak tau bersyukur pulak..astaghfirullahalazim...Ampunkan kekhilafan hamba yg hina ni ya Allah...Hamba mohon diberi kesempatan utk hamba memohon ampunanMU dan kemaafan orang2 sekeliling..........................T_T
 

Sunday 3 March 2013

Sebelum lena

Ini blog aku.. Aku tuan tanahnya. Namun bumi ini milik Dia. Aku tunduk akur akan perintahnya.
Malam makin pekat, mata makin berat, taipan makin lambat, aku mula pelat.. Bye